Hiburan
Saka, Saka, Saka! Hmmm... Anda Tahu Apa Definisi Sebenar Saka?
Masyarakat Malaysia sering didedahkan dengan kisah-kisah mistik dan misteri.
Cerita yang melibatkan hantu, jin, saka, syaitan dan sebagainya sering didengari, terutamanya dalam kalangan orang Melayu.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47 mengangkat tema seram dan penyiasatan.
Ia juga berlegar dengan kisah mistik mengenai saka.
Tapi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan saka?
Berikut merupakan maksud saka, menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Perkataan saka merujuk kepada sejenis makhluk halus daripada golongan jin atau syaitan yang dipelihara bagi tujuan memelihara diri.
Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka.
Saka merujuk kepada semua jenis jin seperti bajang, toyol, hantu raya, pelesit dan lain-lain.
Berdasarkan takrifan di atas jelas menunjukkan ia dipelihara untuk menjaga diri dan harta benda daripada musuh. Pada saat yang sama, ia boleh digunakan untuk menganiayai orang lain.
Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Surah al-Jin: 6)
Al-Sobuni berkata adanya makhluk manusia meminta perlindungan dengan lelaki-lelaki jin. Maka bertambahlah kesesatan dengan sebab memohon mereka dan berdosa serta melampau. (Rujuk Sofwah al-Tafasir, 3/435)
Abu al-Su’ud berkata adalah lelaki apabila bermalam di satu lembah dan dia merasa takut dan bimbang mengancam dirinya maka dia berdoa:
“Aku berlindung dengan tuan tempat lembah ini dari orang-orang yang bodoh daripada kaumnya (dikehendaki dengan jin dan pembesarnya).” Apabila mereka mendengar demikian itu maka bertambahlah sombong dan bongkak dan berkatalah: “Kami telah menguasai manusia dan jin.” Justeru bertambahlah takabbur jin dan melampaunya mereka. (Rujuk Tafsir Abi al-Su’ud, 5/200).
Untuk menyaksikan kupasan mengenai saka menerusi sudut pandang filem Pusaka, jangan lupa untuk menyaksikan filem itu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Sumber: Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kredit foto: wired.com
Must-Watch Video