Pendakwah bebas, PU Azman mendapat pujian positif menerusi lakonannya dalam bersiri Bila Syaitan Berbisik.

Membawakan watak antagonis, PU Azman berjaya menjiwai wataknya dengan begitu baik sekali dan tidak kelihatan canggung.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)


Malah kredibiliti PU Azman dalam bidang lakonan juga telah dinilai oleh penonton sebagai bakat yang berkualiti.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji PU Azman selain mengaku sakit hati dengan watak yang dilakonkan olehnya.

Saksikan Bila Syaitan Berbisik setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).