Pelakon Hanis Zalikha berdepan detik cemas apabila anak keduanya, Alisa Aisyah mengadu sakit di bahagian hidung.

Hanis menerusi posting terbaharu di Instagram miliknya berkongsi perkara yang menimpanya baru-baru ini.

Posting itu juga turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan suaminya, Hairul Azreen sedang memeriksa lubang hidung Alisa dengan menggunakan bantuan gadjet.

Menurut Hanis, dia yang sedang membungkus hadiah terus menjerit sebaik sahaja melihat putik bunga di bahagian lantai rumahnya.

“Masa tengah buka bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung dan kata sakit sakit! Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu.

“Menjerit Mommy “Alisa awak lentak bendani dalam hidung?” dia pun menjerit jugak “saya minta maaf mommy”.

“Tiba-tiba cakap maaf ni, betul lah tu. Periksa dengan mata kasar memang clear je lubang hidung dia tu.

“Nasib baik daddy rajin beli gajet-gajet untuk periksa telinga lah apa lah. Berguna waktu cemas. Terus ke bahagian kecemasan dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor,” kongsinya

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan Hanis.

“Alhamdulillah… Budak-budak memang macam tu dulu anak saudara saya bubuh kacang dalam lubang hidung lepas itu cakap mama sambil tunjuk hidung dia adoiii,” komen @ nourah_jones.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Selain Alisa, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Yusuf Iskandar.