Senario kebanyakan drama dan filem tempatan gagal dijual ke peringkat antarabangsa sehingga kini menjadi tanda tanya sama ada ia adalah kesilapan penggiat seni sendiri atau di pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mahupun persatuan perfileman sendiri.
Naib Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Syed Zulkifli Syed Masir berkata, FDAM sendiri sudah melaksanakan pelbagai program seperti kajian, menjemput penceramah luar negara dan kursus tapi masalah ini masih tiada penyelesaian.
"Persatuan perfileman seperti FDAM di luar negara kurang berdepan dengan masalah seperti kita sebab karya penggiat seni mereka yang ada sedia boleh dijual.
"Beberapa tahun dulu, saya pernah bertanya apakah drama Melayu boleh dijual? Jawapan yang saya terima tak boleh kecuali Memori Cinta Suraya disebabkan ia adaptasi karya orang lain yang dialih bahasa dan dijual ke pasaran luar," katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, karya asli tempatan sebenarnya tidak boleh dijual melainkan secara pakej.
"Cerita asal kita tak boleh jual, jadi di mana masalah kita sedangkan penggiat seni kita kata karya mereka sudah cukup bagus.
"Macam orang jual kerepek, adik beradik mesti kata bagus dan menyalahkan orang lain sebab tak beri mesin untuk hasilkan lebih banyak kerepek untuk dijual ke luar sedangkan orang kampung sebelah tak beli pun.
"Begitu juga, penggiat seni kita sering menyalahkan FINAS, Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan penonton tapi sebenarnya produk kita yang ditonton di luar negara hanya menerusi ‘screening’ di festival sahaja," katanya.
Tambahnya, usaha yang dijalankan seperti Netflix dan FINAS termasuk membuat dokumentari hanya lebih untuk pasaran di sini meskipun ada untuk tujuan pasaran antarabangsa tapi masih tidak laku.
"Banyak sebab isu ini antaranya kefahaman tentang kandungan. Kita tak nak cuba untuk faham sebab fikir kita dah rasa okey sedangkan kita belum okey.
"Bukan syok sendiri sebab pasaran tempatan boleh terima tapi tidak untuk pasaran antarabangsa. Cara kita garap cerita pun lain,” katanya.
Syed Zulkifli berpandangan cara jualan karya tempatan di pasaran antarabangsa mengikut sistem katalog adalah sukar apatah lagi bertanding dengan karya luar yang lebih bagus khususnya dari Hollywood.
"Kita mempunyai visi berkarya yang sama tapi dari aspek pelaksanaan banyak perkara perlu diselesaikan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: champions-speakers.co.uk
Elrafaei Sapi
Sat May 05 2018
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.