Laman Utama
Salam Takziah.. Bapa M Nasir Meninggal Dunia
Bapa kepada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam meninggal dunia, awal pagi tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya.
"Ayahanda kesayangan kami Haji Mohamed Sam telah berpulang ke rahmahtullah pada pagi ni.. Semoga Allah mencucuri rahmatNya," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
"@tengku.aishah: Al fatihah dibaca hadiah pada arwah.
"@norzizizulkifli: Salam takziah datin. Al Fatihah
"@azhan_rani: Innalillahiwainnailahirojiun.. Salam takziah," antara komen yang ditinggalkan.
Memetik laporan Awani, bapa M Nasir menghembuskan nafas terakhir di Singapura akibat sakit tua.
Gempak ucapkan salam takziah kepada M Nasir dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.
Instagram: @cik_mmusa
Sumber & Foto: AWANI
Must-Watch Video