Astro Oasis bersama MW Entertainment muncul dengan sebuah program bual bicara baharu, berjudul Salamun alaik.

Salamun ‘Alaik bakal mengupas sunnah-sunnah Rasullulah SAW dengan berkisarkan kisah kehidupan dan pengalaman artis jemputan.

Memulakan siaran pertama pada 6 Jun lalu, Salamun ‘Alaik bersiaran pada setiap Ahad pada jam hingga 7 petang selama satu jam di Astro Oasis, Saluran 106.

Program 13 episod ini menampilkan Mawi dan Anas Tahir sebagai pengacara bersama ustaz dan artis undangan, membicarakan topik-topik pilihan secara santai setiap minggu.

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)


Antara topik yang menjadi perbincangan ialah Senyum Satu Sedekah, Hebatnya Sunnah, Memuliakan Tetamu, Kesempurnaan Solat dan banyak lagi.

Program ini dibahagikan kepada lima segmen iaitu pengenalan, Layan Tak Layan, Kupas Tak KupasTanya Tak Tanya dan Cari Tak Cari.

Program Salamun ‘Alaik ini turut mengangkat martabat dan mengajak penonton untuk lebih mengenali tulisan jawi melalui segmen Cari Tak Cari.

Menariknya dalam segmen ini, artis undangan diminta bermain permainan perkataan tersembunyi di dalam tulisan jawi.

Salamun ‘Alaik juga bertujuan untuk mengajak penonton sentiasa berselawat ke atas Rasullulah SAW dengan diiringi kumpulan pemuzik undangan, Soutul Falah.

Ramli dan Mohar dari Kumpulan Mohram serta pemain dram lagenda, Tom turut diundang sebagai pemuzik undangan mengiringi persembahan.

Tidak ketinggalan watak ‘Cif Khadam’ yang dibawakan oleh Along Cham, Zalif Sidek dan Yasin Yahaya akan mencuit hati penonton di sebalik maksud yang tersirat dan tersurat.

Program ini turut mengundang penulis penulis khat yang akan berkongsi cara penulisan khat dengan penonton antaranya Pak Dinie Jurie merupakan seorang khatat (penulis khat antarabangsa), Cheb Ali, Ustaz Ilham Che Daud, Ustaz Rusydi Ramli, Ustaz Nik dan Ustaz Suffian Kamaruddin.

Program Salamun ‘Alaik ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan FINAS dengan kerjasama pihak Persatuan Irama dan Zayan radio rasmi Salamun ‘Alaik.

Program ini juga boleh ditonton di saluran media sosial Instagram @salamunalaikofficial.