Usahawan kosmetik yang juga jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memuat naik sebuah video di Instagram yang mencuri tumpuan netizen apabila ramai yang menyangkakan dirinya sudah beralih profesion bekerja dalam bidang unit beruniform.

Semuanya gara-gara video seorang lelaki yang mempunyai iras wajahnya sedang melakukan tugasan di dalam sebuah kereta api.



Difahamkan, individu yang menyarungkan uniform ala polis itu merupakan seorang rakyat Thailand.

"Lama dah sangkut kat Siam. Cepatlah habis PKP ni. Tak tahu nak kerja apa dah, tadi saya cuba ragut hati awak, tapi tak tersangkut pula.

"Okaylah nak kerja polis lah. Macam segak sahaja pakai uniform," katanya menerusi satu entri di Instagram.

lama dah sangkut kat siam..cepat la habis PKP ni..xtaw nak keje ape dah ??td sy cuba nak ragut hati awak..tapi tak tersangkut pulak haihh ??????? ok lah nak keje pulis lah..macam segak ja pakai uniform ?

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on


Di ruangan komen, ramai yang terkejut kerana menyangkakan pada awalnya lelaki dalam video itu merupakan diri Alha.

"Lah, mati-mati ingat Datuk tadi.

"Serius saya sangkakan itu adalah Datuk.

"Aduhai, ingatkan Datuk tadi, sebijik sama

"Saling tak tumpah, apa pasal sama?," komen sebahagian pengikutnya.



Begitupun, ada juga yang berseloroh menyatakan bahawa kemungkinan individu itu merupakan pasangan kembar yang terpisah.

"Sama la! Jangan kembar terpisah sudah," komen seorang netizen.

Sehingga kini, video tersebut sudah ditonton lebih 163,000 orang di Instagram miliknya.