Filem Bollywood, Tiger 3 telah memulakan penggambaran baru-baru ini.

Lebih menarik, penggambaran filem yang dibintangi aktor terkenal Salman Khan itu dijalankan di lokasi bersejarah, Bandar St Petersburg, Rusia.

Filem produksi Aditya Chopra itu turut menampilkan Katrina Kaif yang sama-sama berangkat ke Rusia pada 18 Ogos lalu.

Sejak beberapa hari ini, banyak foto sekitar lokasi penggambaran dan peminat bersama Salman dimuat naik wargamaya di internet.

Antara yang jelas kelihatan, pelakon dan beberapa kru tidak memakai pelitup muka di lokasi penggambaran meskipun pihak produksi memaklumkan mereka akan mengikut SOP bagi mengekang wabak COVID-19.

Salman juga kelihatan memakai janggut palsu warna coklat muda yang dipercayai sesuai dengan karakternya dalam filem berkenaan.

Menerusi carian Gempak, Salman dikatakan memegang watak sebagai ejen yang melakukan penyamaran dan siasatan.

Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini!

Sumber: tabloidbintang.com
Kredit Foto: Instagram Tadka Bollywood (@tadka_bollywood_)