Pelakon Shaheizy Sam memulakan proses kuarantin selepas pulang dari Sabah pada Isnin.

Jelas Sam, ekoran dikuarantin, dia terpaksa menangguhkan majlis pelancaran produk yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.

"Seperti yang semua tahu, saya baru pulang dari Kota Kinabalu dan mulai hari ini saya telah mula dikuarantin.

"Saya memohon maaf kepada semua yang menerima jemputan kerana terpaksa menangguhkan terlebih dahulu majlis yang sepatutnya berlangsung pada hari Isnin hingga diberitahu kelak," katanya menerusi rakaman sepotong video di Instagram.

I’M SORRY!!! Join LIVE di IG Sam dan @samtilla pada hari Isnin 9pm, ada pengumuman nak buat pada semua. #Pengaseh #KatilPatah #PelarisCinta @pengaseh.hq

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Selain Sam, isterinya, Syatilla Melvin turut memohon maaf atas penangguhan majlis pelancaran produknya itu.

"Sepatutnya hari ini merupakan majlis pelancaran produk kami, namun Sam terpaksa dikuarantin dan kita semua perlu ikut SOP yang telah ditetapkan.

"Jadi, kita tukar dan bawa kepada sesi siaran langsung Instagram pada malam ini," ujarnya.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Majlis pelancaran produk Pengaseh milik pasangan Sam dan Syatilla sepatutnya berlangsung pada petang Isnin di Damansara.

Sam berada di Kota Kinabalu sejak 5 hari lalu bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang pulang berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.