Pelakon Sharnaaz Ahmad bakal melangsung pernikahan dengan kakak kepada aktres Neelofa, Noor Nabila esok.

Akaun Instagram (IG) Sharnaaz dan Nabila kini dibanjiri ucapan tahniah oleh para peminat pasangan ini.

Rata-ratanya meluahkan ucapan tahniah dan rasa tidak sabar untuk menyaksikan pasangan sweet ini melangsungkan pernikahan mereka.

Sementara menunggu hari bahagia mereka, pasangan ini juga turut berkongsi foto pra perkahwinan khas buat tatapan peminat.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, mengambil keputusan untuk mengahwini Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 33, selepas berkenalan hampir dua tahun.