Pempengaruh TikTok, Ubai mengesahkan sedang mengenali hati budi penyanyi, Shila Amzah.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, Shila memenuhi ciri-ciri wanita idamannya.

“Ya saya sedang berkawan rapat dengan Shila. Kami serasi dan memahami antara satu sama lain. kami mula rapat selepas sering bertemu untuk bermain badminton.

“Shila ada ciri-ciri wanita idaman saya, bagi saya dia seorang yang rendah diri, adventurous dan mempunyai hobi yang sama dengan.

“Sampaikan cita rasa makanan kami pun sama iaitu dua-dua pun tak makan taugeh. Saya selesa dengan Shila,” kata Ubai ketika ditemui Gempak.

Tambah Ubai, detik perkenalan mereka bermula pada 2011 namun semakin rapat pada tahun lepas.

“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.

"Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai),” ujarnya.

Bercakap mengenai Shila, Ubai tidak kisah dengan status ibu tunggal.

“Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana wanita, asalkan dia memahami saya dan saya pun memahami keadaan dia.

“Buat masa sekarang saya masih belum ada perancangan ke arah perkahwinan kerana saya mahu memberikan kerjaya sebagai seorang produser.

“Saya hanya mampu minta semua orang mendoakan yang baik-baik buat saya dan Shila,” katanya.

Terdahulu, hubungan Ubai dan Shila mendapat perhatian ramai sehingga menjadi tular selepas pasangan ini menghadiri konsert Melly Goeslaw dan Mahalini bersama.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.