Sepasang ibu bapa di Uttarakhand yang terletak di Utara India, menyaman anak lelaki dan isterinya kerana gagal melahirkan zuriat.

Pasangan itu, Sanjeev, 61, dan Sadhana Prasad, 57, menyaman satu satunya anak lelaki mereka tidak dapat memberikan cucu selepas enam tahun berkahwin.

Mereke memberitahu telah menghabiskan duit simpanan sekitar RM350,000 untuk merealisasikan majlis perkahwinan anaknya di sebuah hotel lima bintang dengan menggunakan kenderaan mewah. Selain itu, pasangan tersebut turut menaja bulan madu anak mereka.

Untuk semua kerugian termasuk tidak dibalas dengan kelahiran cucu yang diimpikan, pasangan itu menyaman anak mereka dengan nilai RM2.8 juta. Saman tersebut akan diteruskan jika pasangan itu gagal memberikan mereka cucu dalam tempoh setahun ini.

“Mereka telah berkahwin selama enam tahun namun belum juga memberikan kami cucu. Jika ada cucu, hidup kami akan lebih bermakna,” kata Prasad seperti dilaporkan BBC.com.

Kenyataan itu disokong oleh peguam mereka dengan mengatakan: “Adalah menjadi impian setiap ibu bapa untuk memiliki cucu dari anak mereka.”

Prasad juga mendakwa telah banyak menghabiskan duit buat anak lelakinya termasuk menghantar dia belajar kos penerbangan untuk menjadi juruterbang pada tahun 2006. Dia berjaya menjadi juruterbang.