,
Hiburan

"Sambut Birthday Dengan Diri Sendiri" - Ini Cara Unik Haqiem Rusli Rai Hari Jadi!

Amri Hassan
17/06/2019
09:04 MYT
Penyanyi muda Haqiem Rusli punyai cara sendiri untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-21 semalam (16 Jun).
Cerita Haqiem, dia lebih selesa meraikan hari jadinya bersendirian biarpun mendapat pelawaan daripada rakan-rakannya untuk keluar bersama.
"Ramai ajak keluar nak belanja birthday and all that stuff.
"But I decided to stay alone by myself, sambut birthday dengan diri sendiri sweet apa kan," tulisnya dalam posting Instastories semalam.
Haqiem turut berkongsi sepotong rakaman video dia sedang menjamu selera bersendirian di sebuah restoran.
Bagaimanapun, perkongsian foto di Instagram penyanyi lagu Tergantung Sepi itu terus dihujani ucapan hari jadi daripada rakan selebriti dan peminat.
Dalam perkembangan lain, Haqiem muncul dengan lagu terbaharunya Lembah Kesepian yang mencetuskan tanda tanya apabila muzik video lagu itu lesap menjelang sambutan hari jadinya baru-baru ini.
Sehubungan itu juga, netizen mula membuat andaian Haqiem cuba untuk menarik perhatian peminat dengan cara bergimik lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.