Laman Utama

Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ketiga Pada Tarikh Bapa Dihukum Penjara, Anak Najib Razak Mohon…

gempak
Izwan Isa
24/08/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ketiga Pada Tarikh Bapa Dihukum Penjara, Anak Najib Razak Mohon…
Pada 23 Ogos tahun lalu, buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi bekas Perdana Menteri pertama dipenjarakan selama 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Berita tersebut sudah tentu menjadi satu berita yang hangat diperkatakan, baik dalam dan di luar negara.
Setahun berlalu, pada tarikh yang sama semalam, anak perempuan beliau, Yana Najib berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak ketiganya, Amelia Rahah Daniyar.
Menerusi kemas kini di Instagram miliknya dan juga Facebook milik Najib, Yana melahirkan rasa bersyukur menyambut kelahiran seorang zuriat pada hari yang penuh nostalgia.
“Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada Allah SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.
“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atuknya: ‘I don’t want you to be upset today’. I know Grandpa is longing to hold you in his loving arms, my precious girl. We keep praying that Allah will reunite us soon.
“DSN belum tahu berita ini. Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga. Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang yang sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” katanya.
BACA: Yana Najib Balik Pekan, Rindu Perjuangan Ayah - "Daddy Beritahu Kalau Berniat ..."​
BACA: Bapa Dipenjara, Majlis Tunang Anak Najib Tetap Berlangsung Dengan Meriah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live