Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

Umirah Halim
15/09/2024 05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.

Dominasi Carta

Sebelum ini juga, filem Baik Punya Ah-Long mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.

Kedudukan dalam carta itu membuktikan filem arahan Datuk Afdlin Shauki tersebut amat digemari ramai meskipun diasak dengan kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, Hellboy, dan banyak lagi.

Baik Punya Ah-Long menampilkan raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan memegang watak 'ah long', di mana mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.

BERITA TRENDING: Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

BERITA TRENDING: Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

BERITA TRENDING: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

BERITA TRENDING: Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”


Menggunakan tagline 'Semua Boleh Settle', filem ini mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.

Untuk info, filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
#Filem #Astro #Baik Punya Ah Long #Sambutan