Hiburan
“Sampai Sekarang Kutukan Masih Ada” – Cekalnya Hati, Syida Melvin Akui Tak Boleh Nak Halang Netizen
Pelakon Syida Melvin akui tidak dapat menghalang netizen yang sering memberikan komen negatif terhadap perniagaan keluarganya.
Menurut Syida, selain memberikan kata-kata kurang enak, netizen juga turut membuat tuduhan tidak benar terhadap produk keluarannya.
“Perasaan mula-mula melancarkan produk, rasa gementar dan takut sebab kita tidak tahu penerimaan orang macam mana, sama ada suka atau tidak dengan produk kita.
“Dan… Alhamdulillah, pada hari pertama kami lancarkan produk, stok juga memang habis dijual.
"Walaupun kami dah mula jual produk pertama sendiri, kutukan daripada netizen masih ada hingga sekarang. Kami pun tak boleh buat apa-apa, tak boleh nak tutup mulut mereka.
“Mereka kata ambik produk daripada Thailand, produk kilo dan kemudian hanya bungkuskan kembali.
"Padahal semuanya tidak benar. Jadi apa yang boleh buat, kami adik-baradik empat orang ini hanya pekakkan telinga, buat tak tahu saja apa orang nak cakap. Apa yang penting kita fokus dengan apa yang kita nak buat dalam hidup ini sendri,” katanya.
Ikuti perjalanan Syida Melvin tentang bagaimana dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada usia 22 tahun dengan bantuan ibu bapanya dan adik-beradiknya.
Saksikan Syida berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya dalam episod penuh program terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube pada sejak 17 Oktober lalu.
Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.
Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.