Laman Utama

“Sampai Sekarang Masih Tak Percaya Kakak Pergi Selamanya…“- Iman Troye Ingat Pesan Siti Sarah

gempak
Mya Amri
11/08/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
“Sampai Sekarang Masih Tak Percaya Kakak Pergi Selamanya…“- Iman Troye Ingat Pesan Siti Sarah
Penyanyi, Iman Troye juga merupakan salah seorang selebriti yang terkesan dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.
Apatah lagi apabila Iman juga merupakan salah seorang peminat setia Sarah dan sebelum ini Allahyarhamah juga pernah membuat kejutan dengan hadir ke sekolahnya untuk memberikan semangat kepada pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Iman berkongsi penyanyi kesayangan ramai itu banyak memberikan semangat dan nasihat buat dirinya.
“Sampai sekarang adik masih tak percaya yang kakak pergi, pergi untuk selamanya, takkan kembali lagi.
“Semua berduka dengan kepergian kakak, banyak kisah baik kakak diceritakan, dikongsi kerana kakak insan baik, insan hebat yang terpilih oleh Allah untuk kembali.
“Adik akan ingat semua pesan kakak, nasihat kakak, semua kata baik kakak, adik akan ingat selamanya.
“Selamat berpisah dari dunia nyata kakak, kakak pergi dulu ya? InshaAllah nanti kita jumpa di sana. setiap dari kita akan pergi juga menyusul, kerana kematian itu pasti,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama juga Iman memohon kepada pengikutnya memanjatkan doa buat arwah.
“Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kakak tersayang saya, Siti Sarah Binti Raissuddin. Semoga segala rahmat Allah untuk kakak dan berbahagialah di syurga Allah kakak.
“Allah pasti akan menghitung semua kebaikan kakak dan merahmati kakak, InsyaAllah. Salam takziah untuk keluarga arwah, abang Shuib, anak-anak dan semuanya. Selamanya dalam ingatan,” coretnya.
Terdahulu, Siti Sarah bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi Isnin.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus pada malam Jumaat, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi dan menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus pada Ahad.
Namun ketika bacaan yasin secara maya menerusi aplikasi Zoom malam Ahad, suami Allahyarhamah, Shuib memaklumkan paras oksigen Siti Sarah jatuh sehingga paras 30 peratus.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, juga disahkan positif.
Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live