Laman Utama

"Sampai Waktu Tepat Saya Akan Umumkan" - Mira Filzah Ulas Spekulasi Hamil

gempak
Amri Hassan
09/12/2021
12:32 MYT
Sponsor Banner
"Sampai Waktu Tepat Saya Akan Umumkan" - Mira Filzah Ulas Spekulasi Hamil
Pelakon Mira Filzah berjanji tidak akan berahsia untuk berkongsi khabar gembira sekiranya benar-benar berbadan dua.
Kata pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, dia percaya ramai yang mengharapkan khabar gembira darinya.
"Setiap pasangan yang berkahwin mahukan anak. Sebelum ini pun ada yang bercerita pasal perkara ini (hamil) ketika saya memakai baju yang menampakkan bahagian perut saya dari bahagian sisi.
"Jadi peminat akan mengharapkan sesuatu.
"Saya akan beritahu, tak akan sorok," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Vivo V23e di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Mira tidak berkecil hati apabila peminat terus berteka-teki dengan kehamilannya dan menanti kehadiran cahaya mata sulungnya.
"Saya tiada berkecil hati pun, setiap pasangan berkahwin mahukan zuriat. Ia sepatutnya menjadi doa buat saya dan suami.
"Saya faham peminat betul-betul teruja. Tapi bila sampai waktu yang tepat saya akan umumkan" tambahnya.
Mira dan suami, Wan Emir Astar, 31, telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live