Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

Umirah Halim
12/09/2024 12:55 MYT

Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Mahu bawa nama negara ke persada dunia

Jelasnya, gelaran sebagai Miss Universe Malaysia yang di pegang menaikkan lagi semangat dalam dirinya untuk memastikan Malaysia lebih dikenali di mata dunia.

“Selepas kemenangan ini, semangat itu saya lebih rasa kerana saya tahu saya ada tanggungjawab untuk membawa nama negara ke mana-mana.

“Saya juga rasa lebih mahu mengharumkan nama negara Malaysia kerana perjalanan saya untuk meraih semua ini bukan mudah,” katanya.

BERITA TRENDING: Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"

​BERITA TRENDING: Sam Lim Anggap Pinn Yang Lagend! Simpan Hasrat Nak Buat Kolaborasi Bersama

​BERITA TRENDING: Finalis Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim Pernah Dicadangkan Untuk Buat Pembedahan Plastik - “Kecantikan Itu Lahir Dari Dalaman”

​BERITA TRENDING: Pengarah & ‘Screenwriter’ Malaysia, Adele Lim Diiktiraf Asian Hall Of Fame, Sebaris Lisa BlackPink!

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan dirinya bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa untuk Miss Universe ke-73 Oktober ini, Sandra yakin bahawa setiap usaha keras pasti akan membuahkan hasil.

Malah, kerjasama bersama National Director Miss Universe, Eleen Yong bagi membincangkan strategi pasti akan memudahkan perjuangannya di acara tersebut.

“Untuk mewakili nama negara ke dunia luar saya rasa memang perlu berusaha lebih.

“Bukan sekadar mengikuti apa yang sudah ditetapkan tetapi perlu melangkaui apa yang masih belum di lakukan oleh orang lain.

“Saya percaya kerjasama saya bersama Eleen Yong untuk membincangkan beberapa strategi pasti akan membantu persiapan saya untuk acara itu,” ulasnya lagi

Terdahulu, Sandra Lim telah dinobatkan Miss Universe Malaysia 2024 sekali gus mengetepikan 15 finalis lain bagi merebut mahkota kemenangan.

Selain Sandra yang bergelar juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga Miss Universe Malaysia 2024 jatuh kepada Gianna Tan dan Temara Inigo.

Sebelum ini, beliau pernah mengharumkan nama Malaysia selepas meraih gelaran naib juara pada Miss Global 2022 di Indonesia.

#Pentas #Malaysia #Miss Universe #Mudah #Sandra Lim