Sanggar Seni Kemuncak DFP Seni Festival 2024!
Amri Hassan
27/08/2024 18:24 MYT
27/08/2024 18:24 MYT
DFP Seni Festival 2024 yang telah berlangsung selama tiga bulan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bakal diakhiri dengan sebuah keraian kepelbagaian budaya dan muzik bertemakan Sanggar Seni pada Sabtu, 7 September 2024 dan Ahad, 8 September 2024 secara PERCUMA dari jam 2 petang hingga 9.30 malam.
Festival ini merupakan sebuah extravaganza muzik dan persembahan seni yang memberi platform untuk bakat anak seni tempatan mempersembahkan wadah budaya yang menarik dari kumpulan kesenian dan orkestra terkenal untuk tontonan ramai.
Ini merupakan kali keenam DFP mengadakan acara sebesar magnitud ini dengan matlamat untuk menjadi pentas legasi tradisional dan warisan Malaysia untuk dipersembahkan kepada dunia. Sebelum ini, DFP telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan budaya dan artis untuk memelihara, menyemai dan mempromosi kepelbagaian seni budaya.
Sanggar Seni adalah kemuncak kepada DFP Seni Festival 2024 selepas konsert Jit Sin High School’s Chinese Orchestra (20 Julai 2024), Mek Mulung Putera Cahaya Bulan (27 Julai 2024) dan Randai Mudo Pak Belalang (10 Ogos 2024).
Bersama meraikan Sanggar Seni yang bakal menyaksikan suasana sekitar lobi DFP bersemarak dengan pelbagai pengisian seni untuk masyarakat.
Pada Sabtu, 7 September 2024, DFP akan menyajikan persembahan tarian tradisional Melayu, India, Cina, Borneo dan Orang Asli, persembahan muzik keroncong, Tok Selampit, sape, cak lempong dan gambus.
Seterusnya pada Ahad 8 September 2024, lobi DFP akan terus dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik seperti tarian bhagra dan persembahan irama ghazal, angklung, kompang dan dikir barat. Senarai penuh persembahan adalah seperti di bawah:
Mulai jam 10 pagi setiap hari, persekitaran DFP akan dipenuhi dengan pelbagai pameran seni dan kraf seperti sulaman manik dan benang, tekatan, batik, kebaya Nyonya, saree, aksesori mutiara dan banyak lagi.