Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”

Mya Amri
07/05/2024 01:55 MYT
Wanita yang dikaitkan dengan penyanyiAliff Aziz iaitu Sarah Yasmine memberikan teguran kepada netizen agar tidak melampaui batas dalam memberikan komen di Instagram miliknya.


Jangan main dengan sentimen agama

Menurut Sarah, dia masih lagi boleh menerima kecaman jika hanya melibatkan dirinya namun bukan pada netizen yang mula bermain dengan sentimen agama.

“Nak benci Sarah, benci Sarah, gaduh bukan dalam komen section Sarah. Nak benci dan sindir muka atau badan netizen lain, nak main main dengan agama dengan netizen lain, aku block.

“Tak kisah korang side aku ke side hanat ke apa ke, saya tak suka semua tu,” tegasnya menerusi hantaran terbaharu diruangan Insta Story pada Isnin.

Sarah juga turut berkongsi tangkap layar merakamkan komen biadap seorang individu yang menyindir orang lain di ruangan tersebut.

“Block orang macam ni. Jangan bergaduh di ruangan komen saya, bodyshame dan permainkan isu agama terhadap pengikut (netizen) lain.

“Satu daripada tujuh tangkap layar yang saya ada tentang individu ini memberikan komen nak sindir-sindir perempuan lain di ruangan komen saya,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”

BERITA TRENDING: Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”

PILIHAN PEMBACA: Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."

Untuk info, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Disebabkan itu, kedua-duanya menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Bagaimanapun, muncul pula individu dari Singapura yang mendakwa turut bergelar kekasih Aliff dan membuat pendedahan dengan berkongsi tangkap layar perbualan antara Aliff dan NRF yang didakwa sebagai Ruhainies.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz

Terbaharu, Ruhainies mengakui dia tidak lagi berhubungan Aliff Aziz selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan rumah tangga aktor tersebut.

Mahu memulakan kehidupan baharu, Ruhainies memberitahu dia tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut dan hanya mahu memfokuskan kerjaya seninya sekarang.

BERITA TRENDING: Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”

#Aliff Aziz #Netizen #Sarah Yasmine
;