Berita
"Sarapan Dekat Mamak, Makan Roti Canai Banjir Adalah Hadiah Ayah Tahun Ini" - Ini Ucapan 'Sweet' Tomok Buat Isteri
Penyanyi Tomok dan isterinya, Rahayu Abbas telah menyambut ulangtahun perkahwinan kelapan hari ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok berkongsi gambar bersama keluarganya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka.
"Jadi lagi tahun ni, minta maaf dibu ayah lupaaaaa lagi tapi ayah tak kesorangan kerana dibu pun lupa juga.
"Yang paling best adalah maid kitorang yang ingatkan hari adalah anniversary kitorang. Yes hari ni.
"Kira sarapan kat mamak makan roti canai banjir pagi tadi adalah hadiah ayah tahun ni.
"Happy anniversary sayang. Semoga family kita akan terus happy dan di permudahkan segalanya di dunia dan akhirat. Shah sayang Ayu," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Tomok dan isterinya.
Tomok mula mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman.
Dalam perkembangan terbaru, Tomok kini muncul dalam Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan Newboh yang bersaiaran pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Must-Watch Video