Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”
Khairil Khusyairi
22/11/2024 05:50 MYT
22/11/2024 05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Rahsia 3 Dekad Bertahan
Menurut Sarimah, 46, dia sentiasa fokus memperbaiki diri untuk menjadi pelakon dan pengacara yang bagus.
“Bertahan Dengan 100% fokus pada kerja. Fokus pada cuba menjadi lebih bagus sebagai seorang hos dan pelakon.
“Training. Belajar. Mencuba. Susah senang turun naik, kena bangkit dan teruskan. I'm still learning.
“Fokus just pada memperbaiki diri sendiri,” kongsinya.
Pesanan Buat Bakat Baharu
Dalam pada itu, Sarimah yang hits dengan single Kini Kau Tiada itu turut menitipkan pesanan buat bakat baharu agar terus fokus memberikan yang terbaik ketika bekerja.
Malah, Sarimah turut menegaskan setiap anak seni tidak perlu terlalu merendah diri sehingga membuka ruang untuk dibuli.
“Pada pelakon dan penghibur baru, fokus pada kerja, fokus berlakon dan memberi terbaik.
Malah, Sarimah turut menegaskan setiap anak seni tidak perlu terlalu merendah diri sehingga membuka ruang untuk dibuli.
“Pada pelakon dan penghibur baru, fokus pada kerja, fokus berlakon dan memberi terbaik.
“Abaikan distraction kepada usaha dan kejayaan. Abaikan sesiapa yg bersikap toxic dan 'terpaling bagus'.
“Tidak ada yang sentiasa bagus atau terbaik, kerana dunia seni sentiasa berubah, bertukar, kedepan dan sentiasa evolve.
“Just jaga disiplin dan fokus dan jaga adab tertib tapi jangan rasa terlalu rendah diri sehingga membuka ruang untuk dibuli oleh sesiapa pun.