Program pencarian bakat baru Joe Wings War of Bands (JWWOB) mendapat sambutan luar biasa walaupun saringan pertama belum bermula.
Sehubungan itu pengasas program JWWOB gitaris kumpulan Wings, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 47, mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pertandingan tersebut.
Joe berkata, tempoh pendaftaran dilanjutkan bagi membolehkan lebih ramai pihak mendaftar sebelum melayakkan diri ke peringkat saringan dalam mencari 10 kumpulan terbaik untuk dijadikan protege.
"Sambutan di luar jangkaan terhadap program ini sangat mengejutkan kerana saringan pertama pun belum bermula.
“Ramai yang mahu tempoh pendaftaran dilanjutkan dan pihak penganjur telah bersetuju untuk mengubah tarikh saringan ke satu tarikh baru.
"Dalam masa sama, lebih ramai peserta berpotensi boleh mendaftarkan diri sebelum ke peringkat saringan," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Joe lagi, lanjutan tempoh pendaftaran itu juga dapat memberi ruang kepada mereka dalam mencari pelapis penyanyi dan pemuzik rock generasi baru.
"Kami sediakan platform ini kerana ingin mencari pelapis baru dan sambutan luar biasa daripada peminat bukti kita banyak bakat-bakat ingin mencuba nasib.
"Diharap dengan lanjutan tempoh pendaftaran akan lebih ramai tampil selain dapat memberi mereka masa untuk bersedia sebelum ke peringkat saringan," katanya.
Dalam pada itu, Joe memberitahu peserta terpilih akan dibimbing secara profesional dan 10 kumpulan terbaik akan dipilih untuk menghasilkan sebuah album dibawah pengawasan dan terbitan Joe sendiri.
Selain juara sebagai sebuah kumpulan, mereka juga mencari gitaris, bes, vokalis termasuk pemain dram terbaik dan ganjaran menarik menanti peserta.
Terdahulu saringan bagi mencari 12 peserta akhir akan diadakan di tiga lokasi iaitu Johor Baru pada 31 Ogos, Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang (16 September) dan Ipoh (1 Oktober).
Tarikh baru tersebut adalah Johor Baru pada 5 November, Ipoh (12 November) dan Kuala Lumpur (19 November).
Manakala peringkat akhir akan diadakan di tempat letak kereta, MAEPS Serdang pada 26 November depan.
JWWOB bakal diadili barisan juri profesional seperti Hillary Ang, Awang (Bumi Putra Rockers), Oney (Lipan Bara dan May), Mus (May) dan Edrie Hashim (Projek Pistol).
Juara pertandingan bakal menerima wang tunai RM5,000 manakala naib juara, RM3,000 dan tempat ketiga RM1,500.
Kesemua pemenang juga bakal menerima pakej percutian ke Pulau Tioman untuk tiga hari dua malam di Marina Bay Resort & Restaurant.
Hadiah untuk gitaris, bes, vokalis dan pemain dram terbaik akan menerima sumbangan daripada JS Music.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan berkenanaan boleh melayari www.tioevent.com/jwwob atau Facebook Joe Wings Protege.
Ahmad Shah
Wed Aug 24 2016
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.