Skip to main content

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

whatsapp-image-2024-11-22-at-11-04-51-am.jpeg

Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
 
Menurut Dayang, sama seperti penyanyi lain, dia juga mengakui bukan mudah untuk melewati setiap fasa sepanjang bergelar anak seni.

"Syukur sangat saya masih mampu bertahan sehingga kini tetapi bukan semudah itu.
 
"Sebab itu album baharu Dayang yang berjudul ‘Janji’ ini saya rakamkan semula 'Hikayat Cinta' yang pernah dirakamkan  menerusi album pertama sebelum ini yang diedarkan pada tahun 1998 untuk mengingati perjalanan saya sebagai anak seni.
 
"Kerana lagu ini jugalah peminat mengenali saya," katanya pada sidang media di Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' pada Khamis.
 
Dalam pada itu, Dayang juga berkongsi mengenai perancangan untuk mengadakan konsert solo sempena meraikan kejayaannya dalam dunia seni.
 
Kata Dayang dia sentiasa mempunyai niat untuk melakukan konsert, namun fokus utamanya kini adalah untuk album baharunya dahulu.
 

 
"Tetapi, apa pun fokus saya sekarang lebih kepada album dahulu. Siapa yang tak mahu buat konsertkan. Namun, kalau ada peluang tiba Insya-Allah.
 

"Saya kalau boleh sudah tentu nak kekalkan apa yang saya ada buat masa ini. Saya tak mahu sia-siakan bakat yang dianugerahkan itu. Tapi mungkin belum masanya. Satu hari nanti jika sesuai. Mungkin," ujarnya

 
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Seandainya Masih Ada Cinta' membuat sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' bersama media dengan menampilkan 13 lagu kesemuanya.
 
Turut disertakan rakaman semula 'Hikayat Cinta' yang pernah dirakamkan Dayang menerusi album pertamanya yang diedarkan pada tahun 1998.

Must-Watch Video

Advertisement