“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album
Ernalisa
22/11/2024 09:55 MYT
22/11/2024 09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Menurut Dayang, sama seperti penyanyi lain, dia juga mengakui bukan mudah untuk melewati setiap fasa sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Dayang, sama seperti penyanyi lain, dia juga mengakui bukan mudah untuk melewati setiap fasa sepanjang bergelar anak seni.
BERITA BERKAITAN:Dayang Nurfaizah Terkejut Album Terbaharu Dah ‘Leaked’ Sebelum Tarikh Rasmi - “Saya Harap Yang Dah Dengar, Keep It To Youself For Now”
BERITA BERKAITAN:Lemah Lagu Pertama Dayang Nurfaizah Dari Album Janji - "Lagu Ini Banyak Makna Bagi Saya"
BERITA BERKAITAN:Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"
"Syukur sangat saya masih mampu bertahan sehingga kini tetapi bukan semudah itu.
"Sebab itu album baharu Dayang yang berjudul ‘Janji’ ini saya rakamkan semula 'Hikayat Cinta' yang pernah dirakamkan menerusi album pertama sebelum ini yang diedarkan pada tahun 1998 untuk mengingati perjalanan saya sebagai anak seni.
"Kerana lagu ini jugalah peminat mengenali saya," katanya pada sidang media di Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' pada Khamis.
Dalam pada itu, Dayang juga berkongsi mengenai perancangan untuk mengadakan konsert solo sempena meraikan kejayaannya dalam dunia seni.
Kata Dayang dia sentiasa mempunyai niat untuk melakukan konsert, namun fokus utamanya kini adalah untuk album baharunya dahulu.

"Kalau cakap fasal konsert sudah tentu saya nak buat. Rindu juga nak bertemu peminat dan berkongsi segala rasa dalam setiap lagu yang saya bawakan kepada mereka.
"Tetapi, apa pun fokus saya sekarang lebih kepada album dahulu. Siapa yang tak mahu buat konsertkan. Namun, kalau ada peluang tiba Insya-Allah.
"Saya kalau boleh sudah tentu nak kekalkan apa yang saya ada buat masa ini. Saya tak mahu sia-siakan bakat yang dianugerahkan itu. Tapi mungkin belum masanya. Satu hari nanti jika sesuai. Mungkin," ujarnya
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Seandainya Masih Ada Cinta' membuat sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' bersama media dengan menampilkan 13 lagu kesemuanya.
Turut disertakan rakaman semula 'Hikayat Cinta' yang pernah dirakamkan Dayang menerusi album pertamanya yang diedarkan pada tahun 1998.