Masa yang dinantikan akhirnya tiba di mana 12 buah lagu telah dipilih untuk berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit.
Selain itu, pentas separuh akhir SFMM37 dibuka dengan persembahan istimewa penyanyi Syura dan Ramlah Ram yang menyampaikan lagu berjudul Hati Kama nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
Antara artis lain yang membuat persembahan adalah Elyana dan Farahdhiya.
Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 bersiaran secara langsung pada Jumaat dan Sabtu, jam 3.00 petang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Untuk info, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia.
Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 37 bertanding di pusingan separuh akhir.
Berikut merupakan senarai penuh 12 lagu yang dipilih untuk ke AJL37.
1. Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos
2.Debu - Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
3. Korban - Ernie Zakrie
4. Bahagiakan Dia - Liza Hanim & Shila Amzah
5. Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow & SonaOne
6. Kembali Terang - Marsha
7. Terus Hidup - Aina Abdul
8. Nang - Iman Troye
9. Payung Pelangi - Noki & MK
10.Sengsara - Khai Bahar
11.Irama - Shiha Zikir
12.Mainan - Naim Daniel
Mya Amri
Sat Nov 26 2022


"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!
.png?ext=.png)
"Saya Menangis Dalam Bilik Seorang Diri"- Demi Coast Guard, Julia Farhana Cabar Diri
Demi Coast Guard, Julia Farhana Cabar Diri

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!

Ismail Sabri Santuni Bekas Wartawan Hiburan, Rosli Manah Pernah Bantu Lonjakkan Karier Seni Dafi
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob santuni Rosli Manah.