,
Gaya Hidup

"Satu Rumah Jaw-Drop!" - Kemunculan ‘Real’ BoBoiBoy & Adu Du Di MeleTOP Buat Ramai Penonton ‘Mind Blown’

Hanafis Haris
31/07/2019
07:07 MYT
Sehebat Hollywood! Itu pujian yang diberi sebahagian warganet yang menyaksikan sendiri kemunculan BoBoiBoy dan musuh lamanya Adu Du di rancangan MeleTOP malam tadi.
Buat pertama kalinya, BoBoiBoy dan Adu Du dipertemukan dalam dunia nyata bersama Nabil Ahmad dan Neelofa.
Untuk pengetahuan anda, kemunculan karakter animasi ke ‘live show’ ini antara yang pertama dilakukan di Malaysia.
Anda boleh lihat bagaimana lancarnya interaksi antara Nabil, Neelofa dan kedua-dua watak ini.
Bukan sekadar berinteraksi secara ‘live’, malah BoBoiBoy turut mempamerkan kuasa elementalnya secara langsung buat pertama kalinya di stesen televisyen negara.
Tergamamlah Nabil dan Neelofa dibuatnya!
Adu Du pula tidak henti membuatkan ramai penonton tertawa dan sesekali cuba mencari gaduh dengan BoBoiBoy di set MeleTOP.
Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah dimuat naik di akaun YouTube MeleTOP telah meraih sebanyak 126,560 tontonan!
Melihat reaksi penonton pula, anda pasti tak teruja kerana rata-ratanya memberi respon yang sangat luar biasa.
Sementara itu jika anda belum menyaksikan aksi pertemuan epik ini, anda boleh lihatnya di YouTube MeleTOP di bawah.
Untuk pengetahuan anda, filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal ditayangkan pada 8 Ogos ini.
Karya terbaru Animonsta Studio ini akan menjadi filem animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Laman Utama

BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

gempak
06/12/2023
05:25 MYT
Wow! Tahniah BoBoiBoy
Laman Utama

Nabil Ahmad & Hawa Rizwana Join Geng Bermalam Di IKEA, Cool-lah!

gempak
25/10/2023
11:44 MYT
Penampilan khas selebriti, rakaman podcast langsung, persembahan langsung, dan banyak lagi
Laman Utama

Eric Lay ‘Melamar’ Hawa Rizwana Secara Live Di MeleTOP - “Tolong Senyum Sebab I Love Your Smile”

gempak
07/09/2023
13:50 MYT
Wah!
Laman Utama

Dua Hari Merangkak, Siku Hawa Rizwana Cedera Sampai Kulit Terkopek! - "Pelik, Kawan-Kawan Lain Buat Tak Adalah Luka"

gempak
18/07/2023
02:55 MYT
Hawa Rizwana terbabit dalam Real Men Malaysia: Wira Merah