Hiburan
"Saudara Mara Saya Pun Ada Kahwin Sebulan Bercerai" - Emma Selamat Nikah, Zizan Titip Pesanan
Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Emma Maembong yang bernikah hari ini.
BACA: “Dia Ada Tanya Nak Datang Tak Majlis Perkahwinan Dia...” – Zizan Doakan Kebahagiaan Emma Maembong
Kata Zizan, dia mengharapkan yang terbaik buat pernikahan Emma dan pasangannya, Shazli.
"Saya berbesar hati mengucapkan tahniah kepada dia. Dia ada jemput saya untuk hadir, tapi saya beritahu bergantung kepada jadual. Saya tak ada masalah untuk hadir.
"Apa pun, pastikan pasangan itu adalah pasangan yang terbaik untuk dia dan dia juga perlu pastikan menjadi yang terbaik untuk lelaki itu. Saya pun tak kenal siapa pasangannya.
"Saya harapkan yang terbaik. Kalau boleh, saya nak keluarga dia suka dan keluarga pihak lelaki juga suka dengan perkahwinan ini supaya diberikan kebahagiaan. Restu keluarga itu penting untuk memastikan rumah tangga itu harmoni," katanya kepada Harian Metro.
Menyentuh mengenai keluarga, Zizan berkongsi kepentingan restu keluarga untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.
"Pada saya, perkahwinan bukan soal kepentingan kita saja tetapi, keluarga juga sangat penting. Dalam saudara mara saya sendiri pun ada yang berkahwin sekejap dan sebulan kemudian, bercerai. Semuanya berlaku kerana kepincangan dalam keluarga.
"Sekarang, saya lebih matang bercerita tentang percintaan. Apa yang berlaku, Allah dah tentukan jodoh kita. Restu keluarga sangat penting. Kalau boleh, kita tak mahu ada ibu bapa kedua-dua belah pihak yang tak restu," katanya.
Sementara itu, Zizan menerusi akaun Instagram menjelaskan ketidakhadirannya ke majlis tertentu atas sebab tugasan.
"Selamat pengantin baru pada kawin harini. Selamat hari jadi pada yang lahir harini. Maaf tak dapat datang abang keje arini dik.. hehehe. Apa apa pun semoga kekal till jannah nick," tulisnya.
Zizan dan Emma pernah menjalin cinta selama dua tahun sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada 2015.
Emma dan pasangan telah selamat bernikah pada pukul 12 tenghari Khamis di Bukit Damansara dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video