Hiburan

“Saya 42 tahun..” - Miliki Badan Cantik, Sarimah Ibrahim Beri Inspirasi Bersenam

gempak
Azwa Rahman
14/07/2020
09:56 MYT
Sponsor Banner
“Saya 42 tahun..” - Miliki Badan Cantik, Sarimah Ibrahim Beri Inspirasi Bersenam
Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila kelihatan fit dengan mengamalkan senaman yang bersesuaian.
Menerusi laman sosial Instagram, Sarimah memuat naik beberapa buah foto sesi senamannya untuk tatapan umum.
“Nak body cantik? Kena bakar baik punya. Buat yoga pagi tadi dan killer workout sekejap lagi. Fokus disini adalah punggung dan hamstring. Senang je cari langkah di mana sahaja anda berada dan bersandar pada kekuatan punggung.
“Saya berusia 42 tahun jadi susah untuk saya membakar lemak, sebab tu saya bina otot untuk membantu membakar lemak sepanjang hari,” tulis Sarima menerusi ruangan kapsyen.
A post shared by CP Sarimah Ibrahim❤️ (@sarimahibrahim) on
Menerusi perkongsian tersebut, Sarimah dilihat menggunakan tangga bagi senaman squats yang bermanfaat pada bahagian punggung.
Selain itu, dia dilihat turut melakukan senaman angkat berat bagi membina otot.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengambil inspirasi daripada aksi Sarimah dan mengakui kehebatannya yang kekal jelita dan sihat pada berusia 42 tahun.
“Saya sering menonton video senaman awak dan mula bersenam selepas itu. Terima kasih beri inspirasi,” tulis seorang wargamaya.
“Saya pun nak start balik rutin kecergasan, lepas PKP perut naik,” komen seorang wargamaya.
“Kena kuat semangat ni. Adoi kita ni tak kuat macam mana nak buat hari-hari ni,” kata seorang wargamaya.
“Memang memberi inspirasi!” puji seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live