Hiburan

"Saya Ada Berlakon Filem Hong Kong Bersama Louis Koo, Tergendala Gara-Gara..." - Rosyam Nor

gempak
Asraf Aided
22/05/2020
09:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Ada Berlakon Filem Hong Kong Bersama Louis Koo, Tergendala Gara-Gara..." - Rosyam Nor
Pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor telah terlibat dalam penggambaran filem sequel Hong Kong iaitu G Storm.
Menurut Rosyam, penglibatannya melakonkan watak dalam filem itu telah tergendala akibat krisis COVID-19.
"Saya ada terlibat dengan penggambaran filem G Storm di Hong Kong, namun penglibatan saya di sana tergendala ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan krisis COVID-19 di seluruh dunia.
"Filem tersebut adalah sequel yang turut dibintangi oleh pelakon terkenal Hong Kong, Louis Koo," kata Rosyam kepada Gempak.
Tambah Rosyam, dia merancang untuk meneruskan kerjasama tersebut setelah keadaan kembali normal semula.
"Setakat ini, belum ada perbincangan antara kami, namun saya meneruskan kerjasama bersama mereka memandangkan penglibatan saya sudahpun hampir selesai," katanya lagi.
Difahamkan, selain penggambaran di Hong Kong, Rosyam juga telah membintangi beberapa filem tempatan dan sebuah filem di Singapura yang masih menunggu tarikh untuk ditayangkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live