Laman Utama

“Saya Ada Tanya Pengirim Tapi Tiada Jawapan”- KKM Siasat Dakwaan Disuntik Picagari Kosong

gempak
Awani
09/07/2021
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ada Tanya Pengirim Tapi Tiada Jawapan”- KKM Siasat Dakwaan Disuntik Picagari Kosong

Siasatan terperinci bakal dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dakwaan individu yang dikatakan disuntik dengan picagari kosong ketika mendapatkan vaksin COVID-19 di Selangor, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat kesahihan beberapa video tular di media sosial yang dikaitkan dengan insiden sama.

"Di samping kita bimbang akan penularan COVID-19, kita juga bimbang dengan penularan berita palsu.

“Siasatan mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.

"Saya juga menerima video tular tersebut.

“Saya bertanya kembali kepada pengirim untuk mendapatkan maklumat berkaitan lokasi kejadian dan masa kejadian, namun tiada jawapan,” katanya.

Tambahnya, kes pertama adalah di Banting, Selangor dan siasatan akan dijalankan secara mendalam.

"Perkara itu tidak boleh terjadi kerana pemberian vaksin mempunyai kaedah iaitu setiap pemberian perlu diperiksa oleh dua atau tiga orang dalam ruang vaksinasi disediakan,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live