Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.
"Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
"Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.
"Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar," kata Aina.
ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong.
Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.
"Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.
"Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah," katanya lagi.
Amri Hassan
Thu Jun 23 2022


“Musnahlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar
Alahai macam mana tu?

“Kesian Anak-Anak Macam Ada Kekurangan” - Polemik Rumah Tangga, Netizen Luah Perasaan Kasihan Pada Anak-Anak Puteri Sarah
Netizen support Puteri Sarah
![[VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000 [VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/anjufe_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000
Khabarnya, belon berkenaan mampu buat pemakaiannya berasa kenyang

“Mengucap Panjang Jugak Tengok Video Ni” - Netizen Kritik ‘Kakak Kedai Makan’ Bergambar Mesra Dengan Gerombolan Lelaki?
Netizen terkejut dengan interaksi yang dianggap kurang molek
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Lindsay Lohan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Nelydia Senrose, Suami Tunai Haji - "Ini Anugerah Allah Paling Agung Buat Kami"
Semoga beroleh haji mabrur!
![[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza [VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/tokti-adele-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Mesti seronok tengok dekat-dekat
.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?