Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Ambil Langkah Berjaga-Jaga”- Andi Bernadee Mahu ‘Sorok’ Kehidupan Peribadi, Kini Lebih Matang Buat Keputusan

Ainun
28/08/2024 12:55 MYT
Penyanyi Andi Bernadee memutuskan untuk tidak berkongsi hal peribadinya di media sosial disebabkan pengalaman yang pernah dialaminya.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul bin Andi Mapangile​, 32 tahun, berkata kini dirinya mengambil langkah berjaga-jaga dalam berkongsi sesuatu melibatkan peribadi.

“Saya rasa ramai yang tahu tentang apa yang telah berlaku tentang diri saya. Jadi, saya ambil langkah keselamatan untuk kongsikan dan muat naik perihal berkenaan kerjaya sahaja di media sosial”, katanya.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Donde’, berkata perkongsian itu boleh mengundang perkara yang tidak baik dan kini memilih untuk memuat naik tentang kerjaya sahaja.

“Dahulu sampai di bilik tidur saya kongsikan dan mula tarik benda-benda yang negatif. Mindset saya sekarang hanya mahu post benda berkenaan kerjaya”, jelasnya ketika ditemui Gempak di majlis tanda tangan kontrak Andi Bernadee bersama Universal Studio Malaysia pada Rabu.

Andi turut berkongsi pendapatnya tentang permainan media sosial pada zaman sekarang ini. Baginya, dia tidak terkejar dalam menyertai trend di media sosial.

“Tidak boleh dinafikan sekarang ini permainan media sosial. Jika tidak awak akan tenggelam timbul jadi seperti saya.


“Saya sekarang dalam di dunia media sosial adalah ketegori tenggelam timbul sebab saya pun tidak terkejar dengan trend. Sekarang pula kita hidup di zaman pempengaruh orang tidak ikut sangat kehidupan artis kan?


“Jadi sebagai penyanyi saya kena tunjuk diri saya sebagai penyanyi dan tidak buat benda-benda (kandungan) yang dahulu saya buat”, ulasnya.

Penyanyi itu turut menyatakan dia sudah matang dalam membuat keputusan untuk diri sendiri dan akan lebih fokus terhadap dunia lakonan serta nyanyian.

“Bukanlah nak kata saya sudah matang tapi sudah matang berfikir mana yang terbaik untuk diri saya.

“Buat masa sekarang saya lebih selesa sebagai penyanyi dan pelakon. Cuma tengoklah jika saya terbuka hati buat buat kandungan seperti dahulu seperti zaman PKP”, kongsinya.

BERITA TRENDING: Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

BERITA TRENDING: Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

BERITA TRENDING: Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"

BERITA TRENDING: Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”

Untuk info, Andi pernah menjadi mangsa perbuatan sihir pada tahun 2021 dan menerima rawatan alternatif untuk sembuh.

#Media Sosial #Andi Bernadee #Peribadi #Matang #Andi