Hiburan
Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"
Pelakon Zarina Zainuddin mengakui berdepan tekanan perasaan gara-gara kecaman diterima akibat berkongsi video perbualan 'adik naik' anak lelakinya, Azal Azrai minggu lalu.
Jelas Zarina menahan sebak, dia terkesan dengan kata-kata nista yang dilemparkan netizen terhadapnya, menuduh dirinya bukan seorang ibu yang baik.
"Memang terkesanlah sebab kata-kata mereka semua macam nak membunuh kita. Nak sebut pun tak elok.
"Saya tak ajar anak-anak saya benda tak elok. Saya ajar anak-anak saya perkara yang perlu dan tak perlu.
"Jadi, kalau orang tak nak tengok anak saya, saya tak kan post lagi. Lepas ni saya hanya akan post gambar-gambar kerja sajalah," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”
BERITA TRENDING: Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”
BERITA TRENDING: Ada Yang Pertikai Anak Terlalu Biadap, Zarina Zainuddin: “Tak Payahlah Nak Terajang Azal, Terajang Akak Dulu… Azal Tu Lurus”
BERITA TRENDING: “Ini Bukan Filem My Name Is Khan” - Segelintir Netizen Tak Setuju Azal Kahwin Sebab…
Jelas Zarina, dia akan lebih berhati-hati dalam perkongsian bersama anak syurganya itu selepas ini terutama di platform media sosial.
Enggan menegakkan benang yang basah, Zarina mengakui kekilafannya dengan berkongsi video berkenaan kepada khalayak ramai.
"Bila saya cuba jelaskan niat saya, orang kata nak play victimlah apa la.
"Oklah saya salah... saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dan saya memang emak yang tak berguna, tak ada hati perut sebab post pasal anak macam ni. Saya minta maaf.
"Saya juga minta maaf bagi pihak anak saya. Memang sayalah emak yang tak guna dan selalu post-post benda mengarut. Kalau orang rasa video tu mengarut. Mengarutlah," tambahnya.
Terdahulu, Zarina berkongsi video perbualan bersama anak lelakinya, Azal yang mengadu alat sulitnya mengeras pada waktu pagi.
Tindakan itu dikecam warganet, yang menganggap tindakan Zarina itu secara tidak langsung telah mengaibkan Azal.
Zarina kemudiannya tampil menjelaskan tujuan video tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan anak autisme yang meningkat dewasa.
Malah, Zarina juga menasihati Azal supaya tidak menonton video lucah yang boleh mendorong kepada perbuatan tidak elok.
Must-Watch Video