Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengucapkan sekalung penghargaan buat petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Erra menyampaikan ucapan terima kasih itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Erra, dia berasa bangga menjadi rakyat Malaysia selain mengagumi cara negara menangani wabak pandemik itu.





“Terima kasih Malaysia. Terima kasih frontliner. Terima kasih kepada semua yang bersatu hati berkorban untuk memerangi COVID-19.

“Malaysia ANTARA negara contoh menangani COVID-19 dengan cara yang aman dan terbaik. Alhamdulillah.

“Kita belum menang tapi kita BOLEH MENANG! InsyaAllah! Perjuangan belum berakhir! Saya kagum, bangga, rakyat Malaysia KEBANYAKAN (ada segelintir yang tidak, sudah tentu!) berhati lembut, taat dan sedia memberi kerjasama demi kebaikkan bersama.

“Jujur. SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!! MOGA KITA MENANG! MOGA KITA TERUS PERANGI COVID19!! ALLAHUAKBAR!” tulisnya,

Terima kasih Malaysia..?❤ Terima kasih frontliner.. ?❤ Terima kasih kpd semua yg bersatu hati berkorban utk memerangi Covid19! ?❤ . Malaysia ANTARA negara contoh menangani COVID19 dengan cara yg aman dan terbaik.. Alhamdulillah. . Kita belum menang.. tapi kita BOLEH MENANG!! InsyaAllah!! Perjuangan belum berakhir! Saya kagum.. bangga.. rakyat Malaysia KEBANYAKKAN (ada segelintir yg tidak, of coz!) berhati lembut, taat dan sedia memberi kerjasama demi kebaikkan bersama . . . Jujur... SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!! MOGA KITA MENANG! MOGA KITA TERUS PERANGI COVID19!! ALLAHUAKBAR!!!!!

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada 9 Jun.

Bagaimanapun tindakan itu digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.