,
Berita

"Saya Beli Lighting Dalam RM300" - Ala Mengajar Di 'Studio', Guru Kimia Ini Keluar Duit Poket Sendiri Demi Nak Video Cantik, Kreatif!

ZULHILMI JALIL
27/06/2020
04:45 MYT
Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), guru-guru tidak hanya duduk diam di rumah biarpun sekolah terpaksa ditutup.
Ini kerana, proses pembelajaran tetap perlu diteruskan dengan menggunakan medium pengajaran secara dalam talian bersama anak murid.
Barangkali rata-rata guru hanya menggunakan peralatan ringkas sahaja iaitu sebuah komputer riba dan sambungan internet.
Begitupun, berbeza pula dengan kisah seorang guru, Siti Faridah Matt, 34, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar, Perlis ini.
Guru Kimia ini mencuri tumpuan warga net gara-gara mengajar anak murid seperti berada di dalam sebuah studio.
"Semuanya bermula sewaktu PKP apabila kami guru-guru perlu mengajar secara dalam talian. Suami saya pula memang mempunyai asas dalam dunia fotografi, jadi, dialah yang bantu saya set up peralatan di rumah.
"Saya punya lighting tu biasa-biasa je. Saya minta tolong suami carikan untuk saya gunakan ketika mengajar. Saya beli lighting tu dalam RM300 lebih.
"Bila guna lighting (sistem pencahayaan), kualiti gambar dan video itu akan lebih cantik dan jelas. Bahkan, visual kita juga akan nampak lebih 3D sewaktu berdepan dengan anak murid," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Menurut Siti Faridah, segala aspek teknikal itu kemudian dipelajarinya bersama suami, Mohd. Hafizuddin Ahmad Dahalan yang juga merupakan salah seorang kakitangan di Jabatan Pendidikan Negeri.
Usahanya itu kemudian cuba digunakan di sekolah tempatnya mengajar sebaik sesi persekolahan mula dibuka kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu ini.
"Walaupun guru sudah mula mengajar di sekolah selepas sesi persekolahan dibuka untuk pelajar tingkatan 5, namun, kami masih lagi perlu mengajar secara dalam talian bagi anak murid lain.
"Jadi, saya bawa peralatan tersebut ke sekolah untuk digunakan bersama guru-guru lain. Memandangkan ada kelas kosong yang tidak digunakan, kami jadikan seperti sebuah studio untuk guru mengajar secara online," ceritanya yang sudah sedekad dalam dunia perguruan.
Biarpun terpaksa menggunakan modal sendiri untuk menjadikan proses pembelajaran yang lebih efektif, kata Siti Faridah dia berharap usahanyanya itu dapat dimanfaatkan semua pihak.
"Saya juga harap mungkin lepas ini ada pihak luar atau Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) yang menyumbang untuk pihak sekolah membeli peralatan tambahan sebegini untuk proses pembelajaran," katanya yang turut mempunyai saluran Youtube Cikgu Siti Share yang berkongsi modul pembelajaran kepada para pelajar.
Kami sediakan mini studio utk cikgu di sekolah mengajar kelas online esok. #DermaREMOTETEACHING pic.twitter.com/LiO0chfIhx— cikgu Siti Faridah (@SitiShare) June 23, 2020
Kredit foto: Instagram @faridahmatt; Twitter @SitiShare
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!