,
Laman Utama

"Saya Berharap Pagi Raya Nanti Kami Sekeluarga Dapat Berkumpul"- Farid Kamil Rindu Kenangan Beraya Bersama Diana Danielle & Anak-Anak

Syafiqah Jalal
12/04/2023
07:44 MYT
Aktor Farid Kamil akui tidak putus berdoa agar hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi dapat disambut bersama isteri, Diana Danielle dan dua orang anaknya.
Menurut Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, 42, dia turut merindui momen di pagi raya yang mana mereka sekeluarga wajib bergambar bersama.
"Saya tidak berhenti berdoa untuk bawa anak-anak dan isteri untuk balik ke kampung dan beraya seperti selalu di Kedah"
"Setiap kali pagi raya, kami satu keluarga akan mengambil gambar di tempat yang sama setiap tahun.
"Saya sangat-sangat berharap dan berdoa agar raya tahun ini kami satu keluarga dapat berkumpul sekali lagi.
Farid berkata demikian ketika dia ditemui usai prosiding sulh pertama yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Bagaimanapun, prosiding tersebut hanya berlaku di sebelah pihak sahaja apabila Diana tidak dapat menghadirkan diri.
Prosiding sulh kedua difahamkan akan berlangsung pada 25 Mei depan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.
Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar