Pelakon Memey Suhaiza bersyukur apabila masih diberikan peluang dan kepercayaan untuk berlakon semula selepas mengambil keputusan berehat selama empat tahun.

Menurut Memey, dia bersyukur apabila suaminya, Norman Hakim sentiasa menyokong keputusan yang dilakukan olehnya untuk kembali aktif berlakon semula.

"Saya comeback adalah untuk peminat yang merindui saya sebab sebelum ini ramai yang bertanya bila saya akan kembali berlakon semula.

"Jadi selepas empat tahun saya berhenti berlakon sejak melahirkan anak kedua jadi pada tahun ini saya kembali berlakon semula.

"Norman jenis seorang yang sangat menyokong dan dia tidak kisah kerana daripada dulu sehingga sekarang dia sentiasa memberikan sokongan asalkan saya sentiasa memberi lebih perhatian pada dia dan anak-anak," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).