,
Hiburan

"Saya Bersyukur Dan Rasa Lega, Tapi Tidaklah Sampai Nak Melompat" - Syafie Naswip Gembira Tiada Kes

Badrul Hashim
24/10/2019
06:39 MYT
Beberapa bulan yang lalu, kecoh kisah pelakon terkenal Syafie Naswip dan pelakon baru Aishah Azman putus tunang. Namun perkara tersebut tidak berhenti di situ sahaja, apabila Aishah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Namun selepas dijalankan siasatan sepenuhnya dan Syafie secara sukarela datang memberi keterangan, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.
Sehubungan dengan itu, pihak Gempak menghubungi Syafie Naswip untuk mendapatkan reaksi beliau.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib.
"Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua," kata Syafie kepada Gempak.
Dalam laporan polis yang dibuat oleh Aishah sebelum ini, dia membuat tuduhan bahawa bekas tunangnya, Syafie Naswip memukulnya dan juga mempunyai hubungan sejenis.
Gempak juga turut menghubungi peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates untuk mendapatkan komen beliau.
"Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan aduan yang dibuat oleh bekas tunang Syafie telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.
Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut," terang Ashraff kepada pihak Gempak.
Syafie sangat bersyukur atas doa dan berterima kasih kepada keluarga serta peminat semua yang tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat melalui Whatsapp, komen dan sebagainya di media sosial.
"Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa.
"Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat," seloroh Syafie.
Syafie Naswip bertunang dengan Aishah Azman pada 7 April 2019 tetapi mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 21 julai tahun yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.