Hiburan

"Saya Boleh Ada Girlfriend Bila-Bila Saja, Cuma..." - Dituduh Belum Move On, Sufian Suhami 'Sekolahkan' Netizen

Hanafis Haris
06/09/2019
06:39 MYT
Gara-gara memuat naik gambar dalam keadaan rambut yang kelihatan sedikit tidak kemas, penyanyi Sufian Suhaimi dituduh masih belum 'move on' dari kisah percintaan lamanya.
Menerusi satu posting di Instagram, Sufian memuat naik dua keping gambar memaparkan dirinya dan seorang lagi rakan baiknya, Zyn Nakal.
"Rindu," tulis Sufian sebagai kapsyen.
Walaubagaimanapun, kapsyen tersebut telah disalah erti oleh seorang pemilik akaun yang telah meninggalkan komen kurang menyenangkan.
"Pegangan agama penentu bahagia, awak manis. Kenapa awak tak jadi Sufian yang dulu.
"Awak kemas, bijak kenapa awak ubah imej semata nak tunjuk awak frust? Nak bagi si dia rasa bersalah ke?" kata pemilik akaun tersebut.

Rindu.

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

Tidak mendiamkan diri, Sufian kemudian memberi komen balas, menjelaskan maksud gambar dan kapsyen berkenaan.
Menurut Sufian, gambar tersebut diambil selepas dia melakukan aktiviti menyelam dan mungkin disebabkan itu rambutnya tidak tersikat kemas.
"Saya dah lama dah move on. Saya boleh ada girlfirend baru bila-bila saja saya nak, cuma belum masanya lagi.
"Orang yang saya rindu itu kawan saya, dia sakit dalam hospital sekarang," katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mempertahankan Sufian kerana gambar tersebut tidak membawa maksud seperti dinyatakan individu terbabit.
Anda boleh reaksi dan komen mereka di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video