Pelakon Danish Hazriq mengakui berasa teruja apabila diberikan kepercayaan untuk menggalas watak utama dalam filem Mulut Masin.

Menurut Danish, 14, wataknya dalam naskhah tersebut merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain.

"Saya terima untuk berlakon dalam filem ini kerana watak yang diberikan kepada saya lain daripada karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Saya tak pernah bawa watak ala-ala Pencetus Ummah sebab dalam cerita ini saya memegang watak budak tahfiz. Itu yang menariknya untuk saya cuba sesuatu yang baru," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Danish latar belakangnya yang pernah mendapatkan pendidikan di sekolah agama menjadi kelebihan buatnya untuk menjiwai wataknya sebagai Azan.

"Lagipun sebelum ini saya pernah sekolah agama. Saya pun boleh membaca tulisan jawi.

"Jadi tiada masalah apabila ada babak yang memerlukan saya membaca wasiat yang ditulis dalam jawi," katanya.

A post shared by Danishhazriq (@danishhazriq)


Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!

Selain Danish, naskhah arahan Razaisyam Rashid itu menampilkan pelakon Jay Nazif, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh dan ramai lagi.



Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.


Kredit foto: Instagram @danishhazriq