"Saya Bukan Cleaner" - Noralbaniah
Amri Hassan
16/06/2023 00:50 MYT
16/06/2023 00:50 MYT
Pelakon yang popular era 90-an, Noralbaniah tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai yang masih menyalah anggap dirinya bekerja sebagai tukang cuci (cleaner).
BACA: “Kalau Saya Cleaner, Itu Satu Perkerjaan Yang Baik”- Noralbaniah
Kata Noralbaniah ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret baru-baru ini, dia masih lagi berlakon sehingga kini, cuma jarang berkongsi mengenai karya lakonannya di media sosial.
“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.
“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya adalah orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.
“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya kepada Gempak.
“Baru-baru ini saya menjayakan drama Surat Cinta Untuk Jannah siaran TV Alhijrah. Tapi saya akui sebelum ini ada juga media yang menelefon saya bertanya mengenai isu ‘cleaner’.
“Saya belum lagi buat video menjelaskan perkara sebenar, tunggulah saya menjelaskan nanti bahawa saya bukan cleaner menerusi sebuah video.
“Sebenarnya orang salah anggap gambar saya berikutan iklan di lapangan terbang yang mana bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas. Tapi ada yang salah anggap, ada yang telefon saya nak berikan tawaran lakonan, tapi ragu saya boleh bekerja atau tidak.
“Bulan lalu pun ada saudara pun tegur benda sama, katanya kasihan pada saya. Ini semua adalah salah faham,” katanya.
Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, dia ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.
BACA: “Kalau Saya Cleaner, Itu Satu Perkerjaan Yang Baik”- Noralbaniah
Kata Noralbaniah ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret baru-baru ini, dia masih lagi berlakon sehingga kini, cuma jarang berkongsi mengenai karya lakonannya di media sosial.
“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.
“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya adalah orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.
“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya kepada Gempak.
Iklan lapangan terbang
Noralbaniah akui disebabkan jarang memuat naik perkembangannya di media sosial, ramai juga yang menyalah anggap dia tidak berlakon, sedangkan dia masih lagi menjayakan drama-drama tempatan.“Baru-baru ini saya menjayakan drama Surat Cinta Untuk Jannah siaran TV Alhijrah. Tapi saya akui sebelum ini ada juga media yang menelefon saya bertanya mengenai isu ‘cleaner’.