Berita

“Kalau Saya Cleaner, Itu Satu Perkerjaan Yang Baik”- Noralbaniah

gempak
Syafiqah Jalal
13/01/2020
02:24 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Saya Cleaner, Itu Satu Perkerjaan Yang Baik”- Noralbaniah
Pelakon Noralbaniah mendedahkan fotonya yang memakai baju seragam seorang tukang cuci telah menjadi kecoh dikalangan kenalannya.
Menurut pelakon era 90-an itu, rata-rata menyangka ia merupakan pekerjaan sebenarnya sehingga ada yang bertanya kesahihan perkara terbabit.
Kata Albaniah, tidak salah jika benar itu pekerjaan sebenarnya kerana ia juga merupakan salah satu sumber untuk mencari rezeki.
“Kecoh pasal post gambar pakai baju cleaner semalam. Ada yang call tanya... Betul ke?
“Sebenarnya bagi saya, apa salahnya. Sesiapa pun boleh post apa-apa pun. Kalau saya cleaner, itu satu pekerjaan yang baik. Halal, kalau tak kerja, you all nak bagi duit ke? Susah, orang lagi kutuk.
“Takkan nak tunjuk yang hebat-hebat dan mewah sahaja dalam Instagram. Not me.... I’m not hipocrite.
“Please, sekarang saya bagi post yang paling ceria. Tak kisahlah kerja apa pun... puas tak...!! Tiada cleaner, toilet tak bersih pun orang complain kan!?” tulisnya.
Albaniah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, pelakon itu memuat naik entri tentang pekerjaan sebagai seorang pencuci.
“Ada lagi ke orang nak pandang kalau ini pengakhiran untuk diri ini.. Peringatan untuk diri sendiri..
“Apa yang kita ada bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Tak kiralah pekerjaan, ataupun orang terdekat.. Selalulah hargai semuanya sebelum terlambat,” katanya.
Albanih memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, dia ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live