HIBURAN
"Saya Bukan Nak Acah-Acah Sado" - Khai Bahar
Penyanyi Khai Bahar menepis dakwaan bahawa dia sengaja mempamerkan tubuh dalam media sosial selepas aktif bersenam di gimnasium.
BERITA TRENDING: Gagal Menahan Air Mata, Khai Bahar Teringat Arwah Ibu Saat Ambang Tahun Baharu - “Mak Suka Bunga Api”
Menurutnya, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya sebagai sumber motivasi kepada orang lain."Saya bukan nak acah-acah sado. Sebelum ini, saya memang pernah ke gimnasium, tetapi selepas ibu saya meninggal dunia, saya berehat selama setahun dan berat badan saya mula menyusut. Sekarang saya kembali fokus untuk mendapatkan semula bentuk tubuh yang lebih sihat," jelasnya kepada media.
BERITA TRENDING: Khai Bahar Wakili Malaysia Ke Abu Music Festival Di Istanbul - "Alhamdulillah, Tak Terfikir Sampai Tahap Ni"
BERITA TRENDING: "Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!
Tambah Khai, dia turut melaburkan wang untuk mengupah jurulatih peribadi agar dapat menjalani latihan dengan lebih berkesan."Bila kita sudah keluarkan modal, kita perlu berikan komitmen penuh. Apa yang saya kongsikan dalam media sosial hanyalah perkembangan diri saya dari satu tahap ke tahap yang lain dalam mencapai bentuk tubuh yang diinginkan," katanya.
Menurut pelantun lagu Bayang itu lagi, dia hanya memuat naik foto-foto perkembangan dirinya di gimnasium menerusi aplikasi X (dahulunya Twitter).
"Memang saya hanya kongsi dalam aplikasi X. Bukan niat nak belanja tubuh sado. Saya harap orang jangan buat spekulasi yang boleh mengundang tanggapan negatif," katanya lagi.
Fitnah
Bagaimanapun, Khai mengakui bahawa dia tidak terlepas daripada menjadi mangsa fitnah selepas sering memuat naik foto latihan bersama jurulatih peribadi.
"Macam-macam orang fitnah saya, sampai ada yang cakap YTJT (yang tahu je tahu). Saya tak faham kenapa mereka sampai sanggup buat tuduhan sebegitu. Tambahan pula, ini bulan Ramadan, eloklah kita jauhi fitnah dan sangka buruk."
Bagi Khai, keputusan untuk mendapatkan khidmat jurulatih peribadi adalah untuk memastikan teknik senaman yang dilakukan adalah betul dan berkesan.
"Sebelum ini saya bersenam tanpa pemantauan, jadi saya hentam sahaja. Bila ada jurulatih, barulah saya faham teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang lebih baik," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Khai Bahar bakal melancarkan lagu raya baharunya berjudul 'Gelagat Raya' tidak lama lagi.
Sumber: Kosmo!
Must-Watch Video