Hiburan
Gagal Menahan Air Mata, Khai Bahar Teringat Arwah Ibu Saat Ambang Tahun Baharu - “Mak Suka Bunga Api”
Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar gagal menahan air matanya tatkala meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Rosnah Muhammad.
Menerusi perkongsian di instagram story, pelantun lagu Bayang itu menitiskan air mata ketika memohon doa ibunya agar dia sentiasa kuat dan dapat menjaga keluarga dengan baik.
“Kepada mak, Herol nak ucapkan selamat tahun baharu.
“Mak doakan Herol kuat, doakan Herol boleh jaga adik-adik semua. Rindu mak,” luahnya di Instagram Story.
Pada masa sama, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin juga teringat kepada arwah ibunya ketika menyaksikan percikan bunga api yang dipasang ketika ambang tahun baharu 2025.
“Tadi tengok bunga api, teringat kat mak.
“Mak suka bunga api. Orang sedekahkan Al-fatihah dekat mak ya. Selamat tinggal,” ujar Khai.
Sekadar info, Rosnah Muhammad telah meningal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada 2 Januari 2024.
Allahyarham Rosnah dilapor menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.
Arwah mula menjalani rawatan dialisis sejak 2023 dan pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.
Khai juga pernah memaklumkan ibunya mengalami masalah daya ingatan sehingga tidak kenal diri sendiri setiap kali selesai menjalani rawatan dialisis.
Must-Watch Video