Pelakon Memey Suhaiza mengimbau kembali kenangan menyambut kelahiran anak
bongsunya, Mikayla Delisha Hakim pada bulan Syawal tahun lalu.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram (IG) miliknya, Memey mengakui bersyukur apabila proses bersalinnya dipermudahkan.

"Suara @mikayladelishahakim saat lahir. Sorrylah. Hari ni memang pasal Mikayla je k. Hari yang sama (12/7/2018), tahun lepas.

"Masa ni tengah raya lagi. Nak pergi open house ada macam darah sikit tapi tak sakit apa-apa. Suami push nak terus ke hospital. Saya cakap nak pergi open house dulu sebab tak rasa apa-apa nak makan dulu.

"Sampai hospital Dr.zarina check dah 5 cm. Terus suruh tukar baju, siap-siap & keluarlah Mikayla. Alhamdulillah syukur dipermudahkan sangat. Mengandung Mikayla mummy ligat sangat aktif sampailah 9 bulan sebab mummy tak ada alahan.

"Terima kasih anak. Hadiah terindah untuk mummy. Allah dengar doa mummy nak baby girl. Alhamdulillah. Terima kasih cinta hati mummy papa, anak bertuah penambah seri bahgia, pembawa rezeki. We love you so much," tulisnya.

Suara @mikayladelishahakim saat lahir❤️ Sorrylah.. Hari ni mmg pasal mikayla je k.. Hari yg sama (12/7/2018) Tahun lepas.. Masa ni tgh raya lagi.. Nak pergi open house.. Ada mcm darah sikit.. Tapi tak sakit apa2.. Suami push nak trs ke hospital.. Sy cakap nak g open house dulu sbb tak rasa ap2..nak makan dulu?? Sampai hospital Dr.zarina check dah 5cm.. Terus suruh tukar baju.. Siap2 & keluarlah mikayla... Alhamdulillah syukur dipermudahkan sgt... Mengandung mikayla mummy ligat sangat aktif sampai lah 9 bln sbb mummy takde alahan.. Terima kasih anak ❤️ Hadiah terindah utk mummy.. Allah dengar doa mummy nak baby girl.. Alhamdulillah... Terima kasih cinta hati mummy papa ,anak bertuah penambah seri bahgia,pembawa rezeki ❤️ We ❤️ u so much...

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata tersentuh menonton video yang dikongsikan dan ada juga memintak tips daripadanya.

"@nana_wanismail: Kejap ja masa berlalukan setahun dah. Selamat hari lahir Mikayla sayang. Jumpa nanti Mikayla."

"@imanidaa_: Nak menangis pun ada. Kejap je setaun berlalu. Happy birthday sayang. Semoga menjadi anak yang solehah ya."

"@ainieytasnim_syifa: Apa tips tu sentiasa cergas. Mengandung dan melahirkan adalah moment yang sweet sangat."

Menerusi perkongsian hidup dibina dengan suaminya, Norman Hakim pada tahun 2011, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.