Penyanyi Aishah bimbang sekiranya dia tidak lagi dapat mencapai nota-nota tinggi dalam nyanyiannya selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

Menurut Aishah, dia percaya setiap artis yang dijangkiti Covid-19 pasti akan cemas memikirkan sejauh mana kerosakan paru-paru dialami.

“Adakah kekal atau macam mana? Paru-paru seorang yang cari makan dengan suara ni sangat kritikal, kalau rosak maka rosaklah ‘instrument’ kita.

“Sebenarnya saya cukup risau nak evaluate sendiri tahap kerosakan pada ‘instrument’ saya.

“Masa menyanyi lagu Bahtera Merdeka di hospital tu saya dah cuak kerana menyanyi dengan key yang lebih rendah.

“Jarang sangat saya nyanyi salah key lagu yang dah nyanyi berpuluh tahun,” katanya.

Menurut Aishah, situasi itu juga membuatkan dia tertanya sama ada Covid telah merosakkan suaranya hingga secara semula jadi merendah ‘key’ lagu tersebut.

“Jadi saya mulakan dengan medley Sharifah Aini which generally key dia rendah for me.

Owh my word, after like a lifetime, it felt so good to sing. So ok, medley Sharifah Aini ok dah.

“Then saya teruskan dengan lagu sendiri, keyakinan diri ketika itu tidak bagus. Saya saja menyanyi Camar Yang Pulang dan yes saya mampu mencapai those high notes,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Posting berkenaan kemudian ‘dihujani’ dengan pelbagai kata-kata semangat daripada peminatnya.

Ada yang mahu Aishah fokus pada kesihatannya dan tidak kurang juga gembira dengan pencapaian suara penyanyi Janji Manismu itu.

Sekadar info, Aishah dilaporkan positif COVID-19 sekitar 31 Ogos lalu selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras oksigen merosot.

Selepas hampir dua minggu dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan COVID-19, beliau semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Kelmarin, Aisah mendedahkan bahagian paru-parunya mengalami kerosakan sehingga 20 peratus.

BACA: “Saya Lawan Dengan Sentiasa Mengaji & Berzikir” - Kesan Covid-19, Paru-Paru Aishah Rosak Sehingga…