Laman Utama

“Saya Doakan Yang Terbaik Buat Mereka” - Shuhada Enggan Ambil Tahu Dakwaan Kahwin Hafidz, Athira Yuhada

gempak
Mya Amri
13/12/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Doakan Yang Terbaik Buat Mereka” - Shuhada Enggan Ambil Tahu Dakwaan Kahwin Hafidz, Athira Yuhada
Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, tidak mahu mengambil tahu mengenai dakwaan perkahwinan bekas suaminya bersama Athira Yuhada.
Bagaimanapun kata Shuhada, sekiranya benar Hafidz dan Athira akan bernikah Sabtu ini seperti yang diwar-warkan, dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka.
“Saya tak tahu pasal itu dan saya pun tidak mahu ambil tahu, sebab saya sibuk dengan kehidupan saya.
“Saya sibuk kerja dan menguruskan anak-anak dan saya sedang berseronok dengan kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah.
“Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat mereka, saya sekarang hanya mahu meneruskan kehidupan saya bersama anak-anak dengan baik,” katanya.
Tegas Shuhada lagi, dia juga enggan lagi mengimbau kisah lalu dan ingin meneruskan kehidupan dengan tenang.
“Saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang dan saya juga bekerja keras untuk membesarkan anak-anak saya.
“Alhamdulillah dengan apa yang saya milik sekarang. Saya pun hanya mahu berseronok dengan kehidupan saya sekarang,” jelasnya.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Didakwa Bakal Nikah, Netizen Perli - “Baru Balik Surau, Nak Gambar Sayang”

Terdahulu, tular sekeping foto undangan jemputan didakwa milik Hafidz dan Athira yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan terletak di Selangor.
Menerusi undangan tersebut, turut tertera nama lengkap Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka.

BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi & Shuhada Sah Cerai Talak Satu - "Puas Hati Dan Gembira..."

Athira merupakan wanita yang didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Sebelum ini, Hafidz ketika ditemui para pengamal media bagaiamanapun enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut dan memilih untuk mengunci mulut.

BERITA TRENDING: “No Komen” - Hafidz Bakal Sahkan Status Hubungan Dengan Athira Selepas Bercerai

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live