Hiburan
Saya Gembira Bila Ramai Doakan Saya Hamil - Scha Al Yahya
Pelakon Scha Al Yahya menafikan sedang hamil anak kedua apabila dihujani ucapan tahniah menerusi sekeping foto yang dimuatnaik suaminya, Awal Ashaari.
Para peminat mula mengucapkan tahniah selepas foto tersebut menampakkan 'baby bump' Scha.
Scha ketika dihubungi Astro Gempak berkata dia gembira apabila ramai yang mendoakannya hamil.
"Saya belum hamil. Baju kain jenis velvet yang saya pakai itu kembang. Sebab itu ia nampak seperti saya sedang hamil.
"Bagaimanapun saya gembira apabila ramai mendoakan saya hamil. Itu tandanya mereka sayang dan prihatin tentang saya," katanya.
Foto yang dimuat naik Awal Ashaari tu mendapat perhatian ramai peminat dan netizen yang menyangka Scha hamil.
Sementara itu, Scha memberitahu Awal juga tidak menyedari perkara tersebut.
"Awal pun tak perasan baju saya nampak begitu sehinggalah ramai yang komen kata saya hamil.
"Bagaimanapun dia okay sahaja, malah dia pun gembira apabila ramai yang mendoakan," katanya lagi.
Scha kini sedang muncul dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen lakonannya bersama pelakon utama, Aiman Hakim Ridza setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dah HD 123.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video